Emas boleh membantu jika anda perlukan modal jangka pendek.

Sebagai contoh, peniaga yang dapat projek, nak pakai duit sebagai pusingan modal untuk membeli bahan mentah, atau nak import barang daripada China. Anda mungkin nak pakai duit modal selama 3 bulan sahaja.

Tahukan anda bank sangat susah bagi pinjaman jangka masa pendek. Lepas tu kalau boleh pun dia punya permohonan macam mimpi ngeri. Nak dokumen bagai..

Jika anda ada emas, maka kat sinilah ia boleh membantu. Dengan menggunakan Ar-Rahnu, sistem gadaian Islam, InsyaAllah ia boleh menyelesaikan masalah pusingan modal anda.

Kelebihan A-Rahnu ialah pinjamannya sangat fleksibel. Anda boleh pinjam duit sehari sahaja, seminggu, dua minggu, sebulan, dua bulan, 6 bulan, setahun. Terpulang.

Kontrak Arrahnu biasanya 6 bulan. Tapi nak tebus awal pun takpe. Saya pernah buat gadaian sehari sahaja. Hari ini gadai, esok tebus balik. Takde masalah.

Kalau dalam masa 6 bulan anda tak nak bayar pinjaman. Tak perlu risau, anda bayar upah simpan untuk 6 bulan dan boleh sambung pinjaman lagi 6 bulan. Sepanjang tempoh pinjaman anda tak perlu bayar apa-apa kat Ar-Rahn.

Namun saya nak ingatkan. Ini adalah pinjaman ye. Anda tak perlu gunakan Ar-Rahnu jika takde sebab musabab yang bagus. Kalau setakat nak gadai sebab suka-suka nak pinjam, jangan pinjam.

Upah simpan di Ar-Rahnu biasanya antara 0.65 sen sehingga 0.85 sen untuk setiap RM100 nilai emas

Dengan kata lain, emas adalah aset yang boleh membantu anda jika perlukan pusingan modal.

Hanya orang yang memiliki emas akan menghargai kelebihan ini.

Leave a Reply